Skip to main content

Bola Sepak

Tiga NGO tubuh tabung sumbangan buat pegawai, pemain Kedah Darul Aman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah.jpg
Susulan laporan di Nadi Weekend mengenai dua tonggak utama Kedah Darul Aman (KDA) iaitu Akmal Zahir dan Fayyadh Zulkifli yang terpaksa menceburi bidang perniagaan dengan berniaga di Bazar Ramadan susulan isu gaji yang melanda.

Perkara itu telah diambil maklum tiga badan organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bersatu bagi menubuhkan tabung sumbangan sempena sambutan perayaan Aidilfitri untuk pemain bola sepak KDA, Khamis lepas.

Dalam pada itu, Pengerusi Rangkaian Anak Darul Aman Se-Malaysia, Datuk Romli Ishak, gembira apabila usaha itu mendapat sambutan meriah dengan beberapa 'nama besar' turut berbesar hati untuk memberikan sumbangan.

"Antara yang menyumbang dan memberikan komitmen adalah Datuk Sri Saifuddin Nasution, Datuk Sri Fahmi Fadzil, dan pagi tadi daripada Datuk Omar yang memberikan sumbangan dan sasaran kami dapat mencecah RM200,000.

"Kami mencadangkan esok saya ingin meminta Datuk Seri Saifuddin untuk turun dan dia setuju bagi majlis penyerahan kepada semua pemain dan pegawai seramai 40 orang dan kami akan sampaikan secara peribadi." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video