Skip to main content

Bola Sepak

Tiga kelab teruskan perjuangan dalam Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl.jpg
Tiga kelab yang diberikan 'peluang bersyarat' berjaya mendaftarkan tempat ke Liga Super selepas melengkapkan pendokumentasian kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL), musim hadapan. 

First Instance Body (FIB) hari ini memaklumkan bahawa Kuala Lumpur City, PDRM dan Kelantan Darul Naim sah mengambil bahagian dalam Liga Super susulan menerima Lesen Kebangsaan menjelang musim 2025/26. 

Sebelum ini, ketiga-tiga pasukan itu perlu mengemukakan matlumat kewangan tambahan bagi membolehkan mereka bertanding dalam kancah tertinggi tempatan itu. 

 

Ini sekali gus, menyaksikan 14 kelab akan bersaing termasuk pandatang baharu, DPMM, dan dua pasukan daripada Liga A1 Semi-Pro, Imigresen dan Melaka. 

Advertisement

Must Watch Video