Skip to main content

Bola Sepak

Tierney ikat kontrak baru dengan Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arteta-tierney.jpg
Kieran Tierney menandatangani kontrak lanjutan jangka panjang dengan Arsenal selepas mencuri tumpuan sepanjang bersama pasukan yang sedang bergelut dengan kemerosotan prestasi itu.

Pertahanan Scotland itu mempamerkan aksi cemerlangnya sejak tiba daripada Celtic dengan yuran perpindahan £25 juta (RM144.2 juta)  dua tahun lalu dan mula menyerlahkan kemampuan sebenarnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sepanjang 12 bulan lalu.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu menamatkan EPL musim lalu di tangga kelapan dan pengurus berbangsa Sepanyol itu kelihatan akan lebih aktif dalam jendela perpindahan kali ini menjelang musim depan.

Bagaimanapun, mereka sah mengikat pertahanan kiri, Tierney, dengan kontrak yang dilaporkan selama lima tahun di Stadium Emirates.


Tierney berkata dalam satu temu bual di laman Facebook rasmi Arsenal: "Saya mengalami kecederaan dalam musim pertama selain COVID dan perkara seperti itu tetapi musim lalu, ia benar-benar melonjakkan saya bersama kelab ini, jadi saya lebih daripada gembira untuk melanjutkannya, amat gembira.

"Visi kelab ini dan ke mana haluannya dan jangkaan kelab ini merupakan apa yang saya mahukan dalam bola sepak. Tiada sebarang keraguan mengenainya. Kami belum berada di mana kami mahu berada buat ketika ini tetapi kami sedang menuju ke arah itu.

"Keyakinan yang diberikan pengurus buat saya... apabila saya bercakap dengannya selepas saya menandatangani kontark ini, saya berkata 'terima kasih banyak'.

"Dia mengambil saya pada ketika tahap keyakinan saya berada di tahap paling bawah -- 100 peratus paling rendah yang pernah saya rasakan -- selepas kecederaan, jauh dari rumah. Keyakinan saya amat rendah dan dia menaikkan saya, membantu saya, dia bersama stafnya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video