Skip to main content

Bola Sepak

Tidak mahu jatuh, pasukan itu hilang terus -- Yusoff Mahadi alu-alukan Perak, Kedah sertai Liga A1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ucop.jpg
First Instance Body (FIB) hari ini mengumumkan Kedah dan Perak sah gagal memperoleh Lesen Kebangsaan, sekali gus hilang kelayakan bertanding dalam kancah Liga Super musim hadapan. 

Ia selepas, kedua-dua kelab berkenaan tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan. 

Begitupun, pasukan utara tanah air itu masih boleh meneruskan perjuangan bola sepak tempatan apabila penganjur liga tier 2, Amateur Football League (AFL), sedia membuka pintu untuk menyertai Liga A1 Semi-Pro. 

Antara sebabnya adalah supaya dua pasukan itu tidak mati, namun membina semula kekuatan menerusi perjalanan dari bawah. 

 

"Inilah platform untuk mereka meneruskan agenda selaku pasukan bola sepak.

"Kita tidak mahu apabila jatuh dari Liga Super, pasukan itu hilang dari radar.

"Dengan adanya liga amatur ini, mereka masih mempunyai tempat untuk kembali dan pulang semula ke Liga Super suatu hari nanti. 

"Kami di AFL sentiasa memberi peluang dan mengalu-alukan mereka bermain," kata Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, di Nadi Arena.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 15 buah kenderaan menerusi kerjasama penaja syarikat kenderaan negara, Carsome, menjadi rakan strategik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bermotifkan Harimau Malaya. 
 

Advertisement

Must Watch Video