Tidak boleh ubah apa-apa, terpaksa bermalam di lapangan terbang -- Jurulatih KL City

Najmi Iman
Januari 21, 2025 19:37 MYT
'Kami terpaksa bermalam di lapangan terbang.'
Ketua jurulatih Kuala Lumpur City, Miroslav Kuljanac, meluahkan perasaannya rentetan terpaksa menempuh jadual yang terlalu padat membabitkan pasukannya.
Pengurus kelahiran Croatia itu mengharapkan ihsan dan perhatian daripada penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), untuk merujuk kepada situasi sukar itu selain menghadapi kekangan beberapa pemain yang sedang mengalami kecederaan.
"Apa yang paling sukar ialah, kami perlu terbang ke Buriram United untuk perlawanan Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup. Selepas itu, kami harus tidur di lapangan terbang sebelum menuju ke Sabah untuk bagi aksi liga.
"Kami juga akan berdepan Terengganu di Gong Badak, Februari depan. Tiga perlawanan dalam masa tujuh hari.

Jadual terlalu padat. KL City bakal tidur di lapangan terbang ? pic.twitter.com/COwOFLhYwp

— FinaNasrom (@fnasrom) January 21, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sesiapa yang menyusun jadual harus bertanggungjawab. Kecederaan pemain juga salah satu perkara.
"Sebelum ini, kami mengharungi lima perlawanan dalam masa 20 hari. Kami tidak boleh mengubah apa-apa," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Giorgio Pompili Rossi, mengakui keadaan tersebut tidak menyebelahi skuad Warga Kota itu.
"Saya bersetuju bahawa jadual sangat sibuk. Tetapi sebab mengapa ia padat kerana perlu mengambil kira aksi membabitkan kelab yang bertanding dalam peringkat domestik, antarabangsa dan juga skuad kebangsaan," katanya.
Katanya, jika juara Piala Malaysia 2021 itu mengharapkan perubahan jadual berlaku, KL City perlu meminta persetujuan pihak lawan terlebih dahulu.
"Semua pasukan akan terjejas. Sekarang, ia melibatkan pasukan KL City, tetapi pada masa akan datang ia akan memberi kesan kepada semua kelab.

Perubahan jadual perlu ada persetujuan bersama. Sebelum satu surat rasmi di hantar kepada MFL - CEO MFL pic.twitter.com/UZhD2Pj7Uj

— FinaNasrom (@fnasrom) January 21, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya berharap setiap pasukan akan bekerjasama antara satu sama lain untuk memahami keadaan masing-masing," tambahnya.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #MFL #Kuala Lumpur City #Miroslav Kuljanac #Giorgio Pompili Rossi
;