Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menafikan khabar angin yang mendakwa wujudnya pergolakan di kalangan barisan pemain dan ketua jurulatih, Katsuhito Kinoshi sehingga menjejaskan persiapan pramusim kem Gergasi Merah.
Dia menegaskan tidak ada istilah sempurna dalam pembinaan sesebuah kelab, namun percaya pengendali kelahiran Jepun itu wajar diberikan ruang dan peluang dalam membentuk skuad ampuh sekali gus MENcapai prestasi lebih baik berbanding tahun lalu.
Meskipun timbul kerisauan dengan beberapa keputusan pramusim Selangor terutamanya selepas seri tanpa jaringan menentang Asia Warriors Ahad lalu, Shahril kekal menaruh harapan tinggi melihat kelab yang berpengkalan di Petaling Jaya itu untuk sekurang-kurangnya menjulang satu kejuaraan musim ini.
"Tiada yang sempurna tetapi kemungkinan besar kerana Kinoshi ini dengan gaya dia, berbeza jurulatih berbeza cara.
"Ada yang saya baca jurulatih hanya fokus kepada pertahanan tetapi ia struktur bagi program latihan. Tiada yang sempurna tetapi tidak ada masalah besar dalam pasukan, itu saya yakin," katanya.
Dia dalam perkembangan sama turut mengesahkan bekas pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel, kini memikul tugas selaku ketua jurulatih Selangor II yang akan bersaing di kancah Liga A1 Semi-Pro.
"Dia ketua jurulatih Selangor II, dia jurulatih yang bagus dan harus diberikan peluang. Saya melihat dia menjalankan tugasan dengan baik." tambahnya.