Skip to main content

Bola Sepak

'Tiada yang mustahil' buat Porto dalam UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marko-grujic-challenges-timo-werner.jpg
Porto belum berputus asa untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) walaupun tewas 2-0 dalam aksi suku akhir pertama kepada Chelsea.

Dalam aksi perlawanan pertama yang dijadualkan berlangsung di gelanggang berkecuali di Seville, Porto menikmati aksi yang lebih baik dalam separuh masa pertama, mempunyai lapan percubaan.

Bagaimanapun, kelab Liga Perdana Inggeris -- membuka jaringan menerusi percubaan sulung daripada Mason Mount.

Keunggulan itu diteruskan oleh Ben Chilwell pada penghujung permainan untuk menggandakan kelebihan, bermaksud Porto kini harus menang dengan dua gol dalam perlawanan kedua untuk kekal bersaing di Eropah.

Walaupun kekalahan Rabu sukar diterima, Porto pernah menghasilkan aksi luar biasa ketika menyingkirkan Juventus apabila berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan 10 pemain.

Pemain tengah, Marko Grujic, memberitahu Eleven Sports: "Sukar untuk menerima keputusan ini kerana kami mempunyai lapan percubaan dalam babak pertama.

"Kami menunjukkan bahawa kami mempunyai kualiti dan kami akan berusaha dalam aksi timbal balik untuk mengembalikan kedudukan."

"Porto telah menunjukkan dalam UCL bahawa apa sahaja yang mungkin berlaku. Dengan semangat dan persiapan yang hebat, tidak ada yang mustahil."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video