Skip to main content

Bola Sepak

Tiada simpati untuk Mourinho -- Arnautovic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

markoarnautovic.jpg
Marko Arnautovic tidak bersimpati dengan bekas pengendalinya, Jose Mourinho, selepas memastikan kemenangan 3-1 West Ham ke atas Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Felipe Anderson membuka jaringan di Stadium London dan West Ham mendahului United 2-0 dalam separuh masa pertama selepas rembatan Andriy Yarmolenko terkena Victor Lindelof, sekali gus gagal ditampan David de Gea.

Pemain gantian, Marcus Rashford, menghidupkan peluang buat United bangkit tetapi Arnautovic –- yang dilaporkan menjadi sasaran utama Mourinho -- menjaringkan gol kemenangan buat skuad kendalian Manuel Pellegrini itu.

Apabila ditanya jika Arnautovic memiliki mesej yang ingin disampaikan kepada Mourinho, dia membalas, "Tidak, tiada apa yang perlu dikatakan. Saya melihat kepada pasukan saya. Kami cuba memenangi perlawanan ini."

Arnautovic kembali dalam skuad utama The Hammers selepas diketepikan kerana mengalami kecederaan lutut dan kapten pasukan, Mark Noble, mendedahkan penyerang tersebut memiliki tempoh yang terhad untuk membuat persiapan bagi perlawanan ini.

"Arnautovic kurang berlatih kerana baru sahaja pulih daripada kecederaan. Mempamerkan aksi cemerlang membuktikan dia telah bekerja keras untuk pasukan," katanya.

"Persembahan ini untuk penyokong kami. Kami berjaya bangkit daripada permulaan hambar dan berharap dapat meneruskannya."
 

Advertisement

Must Watch Video