Skip to main content

Bola Sepak

Tiada pemain lebih besar daripada kelab atau kelab miliki segalanya?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

isak.jpg
Drama antara Alexander Isak dengan kelabnya, Newcastle United, tampak semakin renggang apabila jelas penyerang berbisa itu semakin dipinggirkan.

Dengan kedua-duanya berbalas kenyataan, pemain kebangsaan Sweden itu kelihatan kecewa dengan tindakan Newcastle yang mendakwa bahawa 'tiada sebarang komitmen pernah dibuat' meskipun mengabadikan segalanya pada musim lalu. 

Tonggak berusia 25 tahun itu kembali turun ke latihan dengan melakukan rutin ringkas tetapi sekadar keseorangan tanpa jurulatih dan rakan sepasukan. 

Menurut sumber, pengurusan tertinggi Newcastle dijangka mengenakan hukuman berat ke atas Isak keran enggan bermain menentang Aston Villa dalam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu. 

 

Sebagai makluman, Isak menyatakan secara terbuka mahu menyertai Liverpool dan ingin meninggalkan juara Piala Liga Inggeris (EFL) itu.

Tiada pemain lebih besar daripada kelab atau kelab miliki segalanya? Apakah kesudahan kepada saga ini? 

The Reds dijadualkan bertemu Newcastle United pada Selasa ini, tumpuan terarah kepada kedua-dua penyokong yang pastinya membangkitkan perkara ini.

Advertisement

Must Watch Video