Pengurus Bayern Munich, Jupp Heynckes, menegaskan "tidak ada peluang" Robert Lewandowski akan dijual kepada Real Madrid.
Pemain antarabangsa Poland itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Santiago Bernabeu pada akhir musim in, walaupun peneraju Bundesliga, Bayern Munich, berulang kali menegaskan bahawa pemain itu tidak akan dijual.
Dengan Bayern dilaporkan mahu membuat pilihan untuk membayar €42 juta (RM199 juta) bagi menandatangani James Rodriguez secara tetap, ada dakwaaan mengatakan Madrid mungkin menggunakan peluang berunding untuk mendapatkan Lewandowski.
Tetapi Heynckes, dalam sidang media menjelang perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara dengan Sevilla, menjelaskan kedudukan Bayern terhadap pemain berusia 29 tahun itu.
"(Pengerusi) Karl-Heinz Rummenigge sudah mengatakannya: untuk Robert, Real Madrid tidak mempunyai peluang sama sekali," katanya.
Heynckes kurang memberi pandangannya mengenai masa depan Franck Ribery dan Arjen Robben, yang kontraknya berakhir pada akhir musim ini.
"Saya mempunyai perancangan mengenai Ribery dan Robben. Tetapi saya tidak akan beritahunya di sini," katanya.
"Kelab tahu apa situasi mereka dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat."
Terdahulu hari ini, Rummenigge menafikan laporan Bayern telah memutuskan keputusan untuk menandatangani Rodriguez secara tetap walaupun dia memuji prestasi bintang Colombia itu.
Heynckes mengakui dia tidak tahu sama ada perjanjian pinjaman selama dua tahunnya akan ditukar, namun dia berpendapat Rodriguez sudah berubah sejak jurulatih, Carlo Ancelotti, meninggalkan pasukan pada Oktober lalu.
"Sudah tentu, saya kenal dia sebelum dia datang ke Bayern," katanya. "Apabila saya mengambil alih pasukan, dia tidak cergas secara fizikal. Dia kini lebih kuat dan menjadi pemain yang berbeza."