Skip to main content

Bola Sepak

Tiada Messi atau Ronaldo ke final sejak 2013

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lionelmessi.jpg
Buat pertama kali sejak 2013, tiada penampilan Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL).

Barcelona dan Messi tersingkir di tangan Liverpool awal pagi tadi selepas tewas 4-3 secara agregat di Anfield.

Kejutan itu menamatkan dominasi dua bintang berkenaan dalam saingan UCL. Sejak 2013, Messi atau Ronaldo terlibat dalam lima perlawanan akhir berturut-turut.

Tetapi Ronaldo, yang meninggalkan penyandang juara, Real Madrid pada permulaan musim ini untuk bersama Juventusi, tersingkir dalam suku akhir kepada Ajax.

Dan Messi pula gagal meneruskannya selepas juara LaLiga, Barca –- pemenang UCL 2015 -- tewas kepada Liverpool selepas mendahului tiga jaringan.

Dominasi Messi dan Ronaldo dalam perebutan Ballon d'Or turut berakhir selepas 10 tahun apabila Luka Modric memenanginya tahun lalu.

Liverpool akan berdepan Ajax atau Tottenham dalam aksi final UCL bulan depan.
 

Advertisement

Must Watch Video