HOFFENHEIM 1 BAYERN 1
Julian Nagelsmann melabel Bayern Munich kurang bertuah sambil merungut mengenai faktor padang ketika diikat 1-1 oleh bekas kelabnya, Hoffenheim, awal pagi tadi.
Bayern memerlukan gol penyamaan pada masa kecederaan separuh masa pertama daripada Robert Lewandowski untuk mengutip satu mata selepas Christoph Baumgartner meletakkan tuan rumah di hadapan.
Biarpun Hoffenheim kini dalam saingan untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan apabila menduduki tempat kelima Bundesliga, satu-satunya objektif Bayern ialah melakar satu lagi kemenangan.
Ia sepatutnya menjadi kemenangan Bundesliga ke-10 berturut-turut selain berupaya melebarkan lagi kelebihan mereka di puncak untuk mengatasi Borussia Dortmund sebagai pencabar rapat yang kini dipisahkan dengan 10 mata.
Bagaimanapun, Dortmund memiliki dua kelebihan perlawanan di dalam tangan termasuk aksi berdepan Arminia Bielefeld, tengah malam ini.
Pengurus Bayern tersebut merumuskan pertemuan itu cukup menghiburkan sambil menambah: "Sentuhan bertuah tidak berlaku dan itulah sebabnya perlawanan ini berkesudahan 1-1.
"Saya fikir kami lebih hampir kepada tiga mata berbanding pihak lawan tetapi hari ini bukannya petanda ada sesuatu yang tidak kena. Ia sebuah perlawanan yang menarik dan kami perlu akur. Minggu depan kami akan cuba menjadi tiga kali ganda lebih baik lagi."
Bayern membelasah Salzburg 7-1 dalam UCL pada pertengahan minggu ini yang menyaksikan penyudah mereka hampir mencapai kesempurnaan, tetapi ia tidak semestinya berhasil dalam setiap perlawanan.
Bayern mendahului peluang yang dicipta iaitu 18-9 kali tetapi beberapa penyudah liar selain kecekapan penjaga gol lawan, Oliver Baumann, yang mematahkan percubaan berbahaya menafikan gol kedua mereka.
"Saya fikir tanpa mahu mengkritik terlalu banyak, padang ini sangat kering," katanya.
“Bola itu melantun dengan pelik ekoran padang sangat kering.
“Pemain perlu menyepak bola dengan lebih rendah daripada biasa dan itulah sebabnya Oliver Baumann dapat menahan bola dengan baik, tetapi permukaan padang agak kasar."

Sums up the second half ?
— FC Bayern English (@FCBayernEN) March 12, 2022
?⚪ #TSGFCB 1-1 (74') pic.twitter.com/1uh3umjbmG