EPL
Tiada kesungguhan -- Ruben Amorim sekali lagi ratapi kekalahan Manchester United
Ruben Amorim percaya kekalahan 2-0 Manchester United kepada West Ham di Old Trafford semalam berpunca daripada kelemahan ketika bertahan.
Tomas Soucek dan Jarrod Bowen menjaringkan gol pada kedua-dua belah separuh masa untuk melengkapkan kemenangan pertama Hammers dalam Liga Perdana Inggeris sejak Februari, menamatkan lapan perlawanan tanpa kemenangan.
Soucek menjaringkan pada minit ke-26 manakala Bowen menyempurnakan hantaran bekas pemain pertahanan United, Aaron Wan-Bissaka pada minit ke-57.
Iklan
United mencipta banyak peluang, terutamanya pada separuh masa kedua, di mana Rasmus Hojlund memiliki beberapa peluang terhidang dengan pembaziran di depan gol terbukti memberi padah buat tuan rumah.
Kekalahan itu adalah yang kesembilan United di Old Trafford dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, paling banyak dicipta di laman sendiri dalam satu musim liga bersama dengan 1930-31, 1933-34, dan 1962-63.
Bercakap kepada BBC Match of the Day, Amorim mengimbas kembali keputusan yang mengecewakan itu.
“Saya rasa ia agak serupa dengan beberapa perlawanan yang pernah kami hadapi, terutamanya pada penghujung musim ini,” kata Amorim.
“Kami mempunyai lebih banyak peluang berbanding lawan, dan kemudian kami dibolosi dua gol yang mampu dielak.
"Saya mengenal pasti semangat untuk bertahan, mengelak daripada dibolosi amat lemah.
"Kami perlu menjadi lebih agresif, dan kami perlu berasakan bahawa ia adalah penghujung dunia apabila kami tidak memenangi sesuatu perlawanan. Terutama apabila kami tidak menang.
"Jadi ia adalah masalah besar yang kami ada di sini di kelab. Ia adalah detik penentu dalam sejarah kelab."
West Ham beat Man Utd for the second time this season! ✌️#MUNWHU pic.twitter.com/79BKrGBH57— Premier League (@premierleague) May 11, 2025
Must-Watch Video