LIGA SUPER MSIA

Tiada jaminan Ayron Del Valle barisi kesebelasan Selangor FC

Shaiful Shamsudin 24/07/2023 | 11:13 MYT
Penyerang sensasi Selangor FC, Ayron Del Valle, membuktikan impaknya buat pasukan apabila menjaringkan gol ke-15 dalam 18 penampilan musim ini.
Ayron membina reputasinya di jentera serangan di sebalik skuad The Red Giants kini mempunyai empat tonggak lain seperti Faisal Halim, Yohandry Orozco dan yang terbaru, Boakye Yiadom.
Namun, biarpun gembira dengan perkembangan positif di bahagian serangan untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut ketika membenam Sabah FC 1-0 di Stadium MBPJ, malam tadi, namun tiada jaminan bahawa penyerang import dari Colombia menjamin kedudukannya dalam kesebelasan utama.
"Kami akan menilainya daripada satu persatu perlawanan.
"Kemampuan pemain cukup penting dan sudah tentu kami harapkan gandingan penyerang yang dibentuk mampu memberikan sesuatu dalam pasukan.
"Dalam masa sama, kami tidak boleh melupakan mana-mana pemain, sebab itu kadang-kadang kuota pemain juga menyukarkan perancangan kami untuk menghadapi mana-mana pasukan," kata ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe, yang akan mempersiapkan ana buahnya untuk berkunjung ke laman Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabtu ini.
#liga super #Selangor FC #Ayron Del Valle
;