Skip to main content

Bola Sepak

Tiada guna main cantik tapi keputusan tidak menyebelahi Kelantan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-united.jpg
Ketua jurulatih Kelantan United, Tomas Trucha, tidak berselindung dengan kegagalan anak buahnya mengatasi kemarau kemenangan dalam Liga Super 2023. 

Pelawat yang turun dengan misi memburu kemenangan sulung musim ini sebaliknya tumbang 0-2 kepada PDRM di Stadium MBPJ, petang tadi, sekali gus skuad Kijang Emas kekal di dasar liga.

"Saya berang dan kecewa. 

"Kami sudah perancangan terhadap perlawanan. 

"Kami berikan gol kepada PDRM, kemudian malangnya hujan pula turun dan ia merencatkan permainan kami. 

"Saya tidak percaya dengan statistik sebaliknya pengamatan saya berdasarkan penguasaan perlawanan termasuk angka hantaran ke dalam kotak penalti. Tapi saya rasa aktiviti di bahagian serangan menjadi pemutus perlawanan ini," katanya. 



Menurutnya lagi: "Kami tidak cukup agresif di dalam kotak penalti, tidak cukup tenang dan kurang berkemahiran tetapi pihak lawan pula sentiasa tampak bahaya dalam setiap kesempatan. 

"Kami perlu teruskan latihan tetapi sudah pasti kami perlu buat perubahan. 

"Kami sentiasa bercakap tentang bola sepak yang bagus, bermain hantaran rendah tapi liga ini ditentukan oleh keputusan. 

"Jadi kami perlukan berbuat sesuatu dan lakukan usaha berbeza."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video