Skip to main content

Bola Sepak

'Tiada duit nak makan, hampir 5 bulan tak dapat gaji'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psm.jpg
Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares, mengejutkan perhatian umum apabila mengungkap satu kenyataan tentang masalah gaji yang sudah lama berlarutan dalam kelab tersebut.

Difahamkan, pemain sudah mengalami tunggakan gaji selama lima bulan daripada kelab Indonesia itu dan perkara itu dikongsikan oleh Tavares ketika sidang media perlawanan, Ahad lalu. 

Malah, barisan kejurulatihan termasuk pegawai pasukan juga menerima nasib sama. 

"Pembantu jurulatih saya tidak boleh menikmati makan malam kerana tidak memiliki wang.

"Saya sendiri juga hampir lima bulan tidak menerima gaji," katanya. 

Meskipun berdepan situasi sulit, namun PSM Makassar tetap melakar kemenangan bergaya menewaskan Persija Jakarta 2-0 dan menonjolkan kualiti terbaik.

 

PSM Makassar menduduki tangga ke-13 Liga Super Indonesia dan mencatatkan satu kemenangan selepas lima aksi. 

Pasuka itu sebelum ini menjadi lawan dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup, musim lalu termasuk Piala AFC.

Kedah, Sabah dan Terengganu antara wakil negara yang pernah berhadapan dengan PSM Makassar.

Advertisement

Must Watch Video