BUNDESLIGA
Tiada bidaan untuk Vidal
Ketua Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge, mendedahkan tiada sebarang bidaan yang diterima untuk mendapatkan pemain tengahnya, Arturo Vidal.
Gergasi Serie A, Inter Milan, sebelum ini dilaporkan sedang dalam proses bagi melengkapkan perpindahan Vidal ke Milan selepas mendapat suntikan kewangan daripada Suning Holdings Group.
Selain Inter, Chelsea turut menjadi antara nama besar yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain berusia 30 tahun itu tetapi sehingga hari ini, Rummenigge berkata tiada sebarang bidaan diterima.
Iklan
"Tiada siapa yang bertanya kepada kami tentang Vidal, malah tiada tawaran rasmi untuk mendapatkannya walaupun ketika jendela perpindahan musim panas dibuka.
"Saya tidak boleh mengesahkannya," kata Rummenigge.
Inter Milan berjaya mendapatkan khidmat Milan Skriniar, Borja Valero, Matias Vecino, Dalbert, Joao Cancelo danYann Karamoh bagi menghadapi saingan 2017/18, serta mengekalkan pemain buruan Manchester United, Ivan Perisic.
Must-Watch Video