Skip to main content

Bola Sepak

Thomas Tuchel bukan lagi pengurus Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-tuchel-chelsea.jpg
Chelsea hari ini mengumumkan bahawa Thomas Tuchel bukan lagi pengurus kelab itu berkuat kuasa serta-merta.

Pengendali berusia 49 tahun itu dipecat oleh pemilik baru Chelsea hanya tiga bulan selepas kelab itu diambil alih.

Ia dilihat sebagai kesan daripada permulaan hambar Chelsea sepanjang musim ini, dengan yang terbaru tewas 0-1 kepada Dinamo Zagreb dalam aski pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Chelsea, dalam laman web rasmi mereka hari ini, berkata: "Bagi pihak semua yang berada di Chelsea, kelab ini mahu merakamkan penghargaan buat Thomas dan stafnya atas segala usaha sepanjang bersama kelab ini.

"Thomas selayaknya berada dalam lipatan sejarah Chelsea selepas memenangi UCL, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab sepanjang tempohnya di sini.

"Dengan pemilikan baru telah mencapai 100 hari sejak mengambil alih kelab ini dan seperti mana mereka sedang berusaha keras untuk membawa kelab ini ke depan, pemilik baru percaya ini adalah masanya untuk melakukan peralihan ini.

"Barisan kejurulatihan Chelsea akan menguruskan sesi latihan pasukan dan bersiap sedia bagi perlawanan yang akan datang sementara kelab ini melantik seorang ketua jurulatih baru.

"Akan tiada sebarang komen lanjut sehingga seorang ketua jurulatih baru dilantik."
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video