Skip to main content

Bola Sepak

Thomas Partey: Saya habis duit beli Indomie!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

partey.jpg
Pemain tengah Arsenal, Thomas Partey, mendedahkan dia merupakan seorang penggemar mee segera, Indomie hingga menjelaskan kehabisan wang untuk mendapatkan makanan tersebut.

Menerusi temubual bersama Adam Carruthers dalam rancangan podcast Adam Talks, Partey mendedahkan persamaan dengan peminat bola sepak di rantau Asia Tenggara iaitu makanan segera dari Indonesia, Indomie dan mendedahkan ketika berada di Ghana, dia hingga kehabisan duit untuk mendapatkannya.

"Makan itu menghabiskan duit saya!" kata pemain kebangsaan Ghana itu yang mengingatkan dirinya ketika di awal usia.

"Semua perasa sangat sedap. Indomie menghabiskan semua duit kami di Ghana. [Apabila] terdapat pemain baru [dalam pasukan], mereka akan berkata, 'belikan saya Indomie'. Segalanya Indomie [di Ghana]."
 
Ikuti temubual penuh di Youtube Stadium Astro: youtu.be/jo3bAtD7yM8

Advertisement

Must Watch Video