Skip to main content

Bola Sepak

Thomas Partey kekal sandaran utama Arsenal -- Mikel Arteta

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-partey.jpg
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, yakin Thomas Partey akan kekal di Stadium Emirates di sebalik kehadiran bintang England, Declan Rice.

Pemain tengah Ghana itu dikaitkan ke Al-Ahli di Arab Saudi tetapi Arteta menegaskan anak buahnya tersebut kekal sebagai sebahagian penting dalam perancangannya.

Bercakap menjelang pertembungan pra-musim dengan Manchester United di New Jersey esok, Arteta berkata: “Tidak syak lagi, Thomas Partey adalah pemain yang sangat penting untuk kami dan saya. Saya mahu dia berada dalam pasukan ini.

“Setiap kali saya berbual dengannya, keinginannya adalah untuk kekal bersama kami. Bagi saya, tiada apa-apa tentang masa depannya sama sekali.



“Dia dan Rice boleh bergandingan dan ia  dalam rancangan saya. Saya mahu meningkatkan skuad dan mempunyai lebih ramai pemain berkualiti.

“Kami memerlukan pemain yang serasi bersama dan kami memerlukan pemain di posisi yang sama untuk berjuang merebut tempat mereka.

“Ia sesuatu yang belum kami miliki sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami mahu memperbaikinya dan itulah sebabnya kami membeli Declan.”
 

Advertisement

Must Watch Video