Eddie Nketiah memuji Thierry Henry atas peranan membantunya menjadi penyerang Arsenal yang layak mendapat panggilan England.
Pemain berusia 24 tahun itu yang merupakan penjaring skuad B-21 tahun paling prolifik England tersenarai dalam skuad kendalian Gareth Southgate buat julung kalinya sempena perlawanan menentang Ukraine dan Scotland.
Nketiah membuat penampilan sulung di Arsenal enam tahun lalu dan kali terakhir menyertai pasukan B-21 tahun pada 2021.
Dia telah meledak 34 gol dalam 136 perlawanan bersama The Gunners menerusi penampilan sulung di tempat sendiri bertemu Norwich yang menyaksikannya menyumbat dua gol untuk memastikan kemenangan dalam perlawanan Piala Liga Inggeris (EFL).
Walaupun muncul di tempat kejadian, peranan Nketiah terhad kepada pertandingan piala yang lebih rendah dan tempoh pinjaman yang mengecewakan di Leeds dalam Liga Kejuaraan dilihat sebagai satu lagi kemunduran dalam kariernya.
Tetapi, di Arsenal pula -- yang disertainya selepas dilepaskan oleh Chelsea pada usia 14 tahun -- dia sempat menjadikan penjaring gol sepanjang zaman dan bekas kapten kelab itu, Henry, sebagai panduan dalam kariernya.
"Thierry merupakan pemain yang sangat hebat bagi saya," katanya.
“Saya pernah dilatih olehnya ketika tahun pertama di akademi pada usia 16 tahun.
"Ia sangat mengagumkan, salah satu musim terbaik dan paling menyeronokkan saya.
"Saya mendapat inspirasi daripadanya dan dia memberi saya banyak keyakinan dan masih melakukan hal yang sama.
"Hari apabila saya berjumpanya, dia masih menyokong dan masih sangat membantu.
“Dia datang dan melihat kualiti yang saya ada ketika berusia 16 atau 17 tahun dan berkata bahawa saya hanya perlu percaya kepada diri sendiri, tidak kira apa sahaja yang orang lain katakan.
"Itulah yang akan mendorong anda, untuk memotivasikan anda. Ia mungkin salah satu nasihat terbaik yang pernah saya terima."

Welcome to #ThreeLions camp, @EddieNketiah9! ? pic.twitter.com/jEGgh6UzoK
— England (@England) September 4, 2023