Pertahanan Chelsea, Thiago Silva, menandatangani perjanjian baru yang akan mengekalkannya di kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hingga akhir musim 2022-23.
Pemain antarabangsa Brazil itu ditandatangani secara percuma sebelum kempen 2020-21 sejurus meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) dan membuat 34 penampilan dalam musim pertamanya bersama The Blues.
Silva memulakan perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Manchester City tetapi terpaksa dikeluarkan pada lewat separuh masa pertama gara-gara kecederaan, lalu menyebabkan dia sekadar menjadi penonton ketika rakan sepasukannya meraih kemenangan 1-0 di Porto untuk memastikan trofi itu buat kali kedua.
Kelab itu mengaktifkan pilihan untuk melanjutkan kontraknya selama setahun lagi selepas kemenangan berkenaan tetapi menyambung setahun lagi perjanjiannya buat kali ketiga berturut-turut.
Pemain berusia 37 tahun itu telah membuat 22 penampilan musim ini dan yang terbaru ketika seri 2-2 dengan Liverpool, semalam.
Jumlah 19 hadangannya adalah yang ketiga tertinggi dalam kalangan pertahanan kancah itu sementara tiada pertahanan The Blues lain yang membuat lebih enam hadangan.

“Beraksi di sini bersama Chelsea adalah satu keseronokan,” katanya kepada laman sesawang rasmi kelab itu.
“Saya tidak pernah terfikir akan beraksi selama tiga tahun untuk kelab hebat di sini, jadi saya sangat gembira untuk kekal semusim lagi.
“Saya akan terus mencurahkan segalanya demi kelab ini dan untuk penyokong yang sentiasa berada di sisi sejak saya tiba.
"Sungguh mengagumkan untuk mempunyai hubungan ini dengan peminat malah termasuklah pemain, kakitangan dan seluruh kelab. Saya akan memberikan segala-galanya untuk terus beraksi di peringkat ini dalam liga paling menonjol di dunia."