Skip to main content

Bola Sepak

Thanabalan sasar tingkat semula reputasi bersama Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thanabalan.jpg
'Ibarat mati hidup semula', kembalinya penyerang N. Thanabalan ke kancah Liga Super bersama majikan baru, Sabah FC diharap mampu memberi sinar setelah jodoh untuk kembali bersama pasukan negeri kelahiran, Negeri Sembilan tidak kesampaian.

Ditambah dia cuba untuk mengembalikan reputasinya sebagai penyerang berbisa setelah tenggelam sejak kebelakangan ini.

Thanabalan pernah bersama skuad Jang selama empat musim dari 2014 hingga 2018.

Namun selepas itu dia bergelut dalam kancah liga tempatan, dengan tahun lalu diibaratkan musim yang mengecewakan buat Thanabalan, yang dipinjamkan ke pasukan Perak II namun lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Justeru, keputusannya berkelana ke Borneo diharap mampu mengembalikan semula reputasinya sebagai penyerang prolifik di bawah kendalian jurulatih Kurniawan Dwi Yulianto.

"Sebenarnya saya masuk menyertai Negeri Sembilan tetapi terdapat masalah dan terpaksa untuk mengambil keputusan menyertai Sabah," kata Thabalan.

"Barisan pemain Sabah memiliki kecergasan yang terbaik dan persaingan untuk merebut tempat bagi mendapatkan tempat dalam skuad utama."

Thanabalan diumumkan bersama seorang lagi penyerang tempatan, Amri Yahyah untuk menguatkan jentera serangan Sang Badak bagi musim 2021.

"Saya akan menampilkan aksi terbaik dalam sesi latihan sekaligus membantu pasukan. Saya akan cuba mendapatkan pengalaman daripada Amri Yahyah bagi musim ini."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video