Penyerang muda negara, Fergus Tierney, membuka akaun jaringannya dalam Thai League 1 dengan menjaringkan gol kemenangan Nakhon Pathom United ketika menewaskan Uthai Tani 1-0 di laman sendiri malam tadi.
Pemain berusia 21 tahun itu meledak dengan rembatan leret dari luar kotak penalti pada minit ke-60 untuk memastikan kemenangan kelima Nakhon Pathom selepas 25 perlawanan musim ini.
Nakhon Pathom ketika ini sedang berada di tangga ke-15 -- kedua tercorot liga -- dengan 21 mata dan dibezakan lima mata untuk keluar daripada zon penyingkiran.
Uthai Thani, dalam pada itu, di tangga kelapan dengan 33 mata.
Video: