PIALA FA
TFC mudah benam PJ Rangers
Terengganu FC (TFC) merakam kemenangan besar 4-0 ke atas Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers) untuk mara ke pusingan ketiga Piala FA di Stadium MBPJ, petang tadi.
TFC yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim membuka jaringan menerusi Lee Andrew Tuck dalam separuh masa pertama dan kemudian menambah tiga lagi gol dalam babak berikutnya.
Igor Zonjic dan Mohd Shahrul Aizad Zukulfi meletakkan TFC di kedudukan selesa sebelum Tchetche Kipre menyudahkan penalti pada minit ke-85 untuk melengkapkan kemenangan TFC.
Iklan
Sementara itu, sepasang gol yang dihasilkan Gi-Sung Yeon menghadiahkan kemenangan 2-1 buat PKNP FC berdepan Shahzan Muda di Temerloh.
Dua gol itu masing-masing dijaringkan pada minit ke-38 dan ke-60 sebelum Shahzan Muda cuba mengejar hasil jaringan Mohd Rifaie Awang Long pada minit ke-76.
Empat lagi perlawanan akan berlangsung malam ini dengan menyaksikan petembungan di antara Sabah dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Felcra FC lawan Felda United, Kuala Lumpur lawan Kuching FC dan Perak lawan Sarawak.
Must-Watch Video