Skip to main content

Bola Sepak

TFC jalin kerjasama dengan Yakult Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tfc-yakult_1.jpg
Selepas menjalinkan kerjasama strategik bersama Kelab Bolasepak Kelantan United pada Disember lalu, pengeluar minimum probiotik terkemuka dunia, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd, sekali lagi membuktikan mereka serius dalam membangun dan menyumbang dalam industri bola sepak Malaysia dengan menjalinkan kerjasama bersama pasukan Liga Super, Terengganu FC (TFC).

Persetujuan kerjasama itu dicapai hasil daripada perbincangan pihak Yakult Malaysia, yang diwakili oleh pengarah urusannya, Hiroshi Hamada, bersama pihak pengurusan TFC, yang menyaksikan nilai tajaan RM380,000 dan beberapa perancangan program pembangunan bola sepak akar umbi bersama pasukan itu.

Hamada dalam satu sebaran media hari ini  berkata: "Selaras dengan falsafah korporat Yakult, iaitu menyumbang kepada kesihatan dan kebahagiaan orang ramai di seluruh dunia, Yakult sememangnya amat menyokong kepada segala program dan aktiviti yang dapat membina kesihatan yang baik selain mewujudkan persekitaran yang baik."

Mengulas mengenai pemilihan TFC bagi kerjasama itu, Hamada menambah: "Terengganu FC telah mempamerkan prestasi yang baik dan membanggakan tahun lalu sehingga layak untuk beraksi dalam Piala Asia 2021. Ini membuktikan pasukan itu berkualiti dan mempunyai misi besar musim ini dan Yakult mahu menjadi sebahagian kecil yang menyumbang kepada kejayaan pasukan itu pada masa akan datang."

 

?? TERENGGANU FOOTBALL CLUB DAN YAKULT (MALAYSIA) SDN BHD TANDATANGANI KONTRAK KERJASAMA SEBAGAI PENAJA BAGI MUSIM...

Posted by Terengganu Football Club on Thursday, 21 January 2021

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video