Apa lagi yang Manchester United mahu?
Musim yang harus dilupakan segera oleh Manchester United apabila menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ke-16 dan gagal menempah tiket ke sebarang kejohanan Eropah.
The Red Devils turut tewas dalam perlawanan akhir Liga Europa (UEL) 0-1 kepada Tottenham Hotspur, awal pagi tadi, sekali gus tiada kejuaraan berhasil dirangkul.
Tidak dilupakan, skuad kendalian Ruben Amorim juga kehilangan status juara bertahan Piala FA Inggeris.
Penyokong Manchester United seluruh dunia berduka dan ia merupakan pahit untuk ditelan.
Hanya satu peluang untuk mengubati sedikit kekecewaan itu tatkala kelab England itu akan berkelana ke Malaysia bagi menghadapi pramusim Maybank Challenge Cup bertemu pasukan terbaik Asia Tenggara, minggu depan.
Manchester United perlu menewaskan ASEAN All-Stars untuk menggondol piala tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi menceriakan sedikit kem Old Trafford selepas mengharungi ujian sukar.