Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI! Van Dijk sah sertai Inter

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

inter.jpg
Inter Milan telah menandatangani Nikée van Dijk dari FC Twente. Penyerang Belanda berusia 22 tahun itu telah menandatangani kontrak dengan kelab itu sehingga 30 Jun 2028.

Van Dijk bermain satu musim di Enschede, mempamerkan aksi penuh prolifik apabila menjaringkan 19 gol dalam 38 perlawanan sebelum dinobat sebagai juara kebangsaan.

Dengan berbaki satu tahun dalam kontraknya, Van Dijk telah memberi impak yang besar selepas menyertai pasukan Belgium, OH Leuven tahun lalu . 

Sebelum itu, dia bermain untuk SC Heerenveen.

Menulis catatan perpisahan yang menyentuh hati di Instagram, Van Dijk mengucapkan terima kasih kepada kelab lamanya.

"Kenangan yang cukup indah. FC Twente, terima kasih untuk detik-detik ini, barisan pemain dan individu yang menakjubkan ini, peluang dan masa raih untuk berkembang. Kini tiba masanya untuk pengembaraan baharu. Semoga berjaya musim ini!"

Inter menduduki tempat kedua dalam Serie A musim lalu. Kedua-dua kelab tidak mendedahkan bayaran perpindahan.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video