Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Tiga pemain baru 'Malaysian Abroad' dalam perjalanan ke Bukit Jalil termasuk penyerang Olympiacos!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tiga-malaysian-abroad.jpg
Tiga pemain warisan baru negara difahamkan sedang dalam perjalanan ke Bukit Jalil menjelang aksi persahabatan tertutup menentang Cape Verde malam esok.

Dua pemain berkenaan merupakan calon yang dicanang-canang sebelum ini, iaitu penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, dan pertahanan Sabah FC Azerbaijan, Jon Irazabal.

Selain itu, penyerang Olmpiacos yang sedang dipinjamkan ke Panserraikos, Jefte Betancor, turut dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bagi memperkuatkan Harimau Malaya.

Laman penyokong America de Cali, América Store Colombia, melaporkan Holgado sedang dalam perjalanan untuk mewakili Malaysia, manakala Irazabal juga berkongsi bahawa dia kini sudah berada di Doha, Qatar, yang dilihat sebagai transit sebelum ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Betancor turut difahamkan berkongsi gambar pasport Malaysia miliknya bersama tiket penerbangan sewaktu berada di lapangan terbang.

Kesemua pemain itu dijangka akan melapor diri bersama Harimau Malaya pagi esok dan seandainya ia benar-benar berlaku, ketiga-tiga pemain ini akan menjadi nilai tambah terbaik buat Harimau Malaya menjelang aksi penting pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 Jun ini.
 

Advertisement

Must Watch Video