Terkini: Sultan Selangor kecam sekeras-kerasnya insiden serangan ke atas Faisal Halim

Najmi Iman
Mei 5, 2024 23:47 MYT
Penaung Selangor FC, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, dalam kenyataannya meluahkan kebimbangan terhadap insiden berunsur keganasan membabitkan pemain kebangsaan, Faisal Halim.
Kejadian ini seharusnya dipandang serius oleh semua pihak kerana ia merupakan perbuatan yang melampaui batas dan melibatkan nyawa seseorang.
Baginda bersama Pengerusi Selangor FC, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) meyiasat perkara itu dengan sepenuh perhatian bagi menangkap pelaku berkenaan.

5 Mei 2024 ~ KENYATAAN DYMM SULTAN SELANGOR DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa pihatin dah bimbang susulan kejadian terbaru berunsur keganasan membabitkan pemain bola sepak Selangor FC, yang juga pemain kebangsaan, Faisal Halim, hari ini.… pic.twitter.com/xcxEZIHH0H

— Selangor FC (@selangorfc) May 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baginda bertitah supaya pihak yang mempunyai maklumat jelas tentang perkara itu tampil untuk memberikan laporan dan kerjasama kepada PDRM.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Selangor #Faisal Halim #DemiLigaKita
;