Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Selangor rehatkan Katsuhito Kinoshi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kinoshi.jpg
Selangor, dalam satu kenyataan sebentar tadi, memaklumkan bahawa kelab berkenaan memilih untuk merehatkan ketua jurulatihnya, Katsuhito Kinoshi, berkuatkuasa serta merta.

Dengan keputusan itu, ketua jurulatih Selangor II, Cristophe Gamel, akan menggalas tanggung jawab sebagai ketua jurulatih interim sepanjang proses The Red Giants mencari seorang ketua jurulatih tetap yang baru.

"Selangor FC dengan ini mengumumkan bahawa Katsuhito Kinoshi telah direhatkan daripada tugas beliau sebagai Ketua Jurulatih pasukan utama. Pihak kelab ingin merakamkan penghargaan dan berterima kasih kepada beliau atas segala sumbangan, usaha dan komitmen beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya bersama Selangor FC," kata kelab itu.

Apa yang mengejutkan, keputusan itu diambil tidak lama selepas Selangor menewaskan Tampines Rovers 4-2 dalam saingan ACC Shopee Cup malam kelmarin.



 
Harimau Malaya Jersey

Sokong Selangor

Pakai jersey merah, terus semarakkan semangat Gergasi Merah.


❤️ Beli Jersi

Advertisement

Must Watch Video