Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: PSSI sah memecat jurulatih timnas Indonesia, Shin Tae-yong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shintaeyong.jpg
Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasminya sah memecat ketua jurulatih skuad Indonesia, Shin Tae-yong, berkuat kuasa hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, dalam satu sidang media menerusi perkongsian di laman X.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh PSSI, keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan serta menilai tahap prestasi secara jangka panjang bagi semua lapisan skuad bermula pasukan utama sehingga dan skuad muda.

 

Untuk rekod, pengendali kelahiran Korea Selatan itu memacu Sang Garuda ke perlawanan peringkat kalah mati dalam saingan Piala Asia Qatar 2023, tahun lalu.

Shin Tae-yong juga berjaya membawa Indonesia melayakkan diri secara merit ke Piala Asia Arab Saudi 2027 dan sedang menghadapi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. 

Advertisement

Must Watch Video