Skip to main content

Bola Sepak

Terkini Piala AFC: Sabah lakukan dua pertukaran menjelang bertemu Hai Phong FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah-fc_1.jpg
Sabah FC menghadirkan skuad terbaik pasukan menjelang aksi bertemu Hai Phong FC dalam aksi Piala AFC di Stadium Likas, sebentar lagi.

Hanya dua pertukaran yang dilakukan daripada aksi terdahulu bertemu kelab Vietnam yang berkesudahan 3-2 memihak tuan rumah.

 

Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee, membawa masuk penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat yang menggantikan Damien Lim, sementara Miguel Ángel Garrido Cifuentes atau lebih dikenali sebagai Cifu turun mengisi kekosongan yang ditinggalkan Telmo Castanheira.

Darren Lok dan Saddil Ramdani bakal menjadi pemain utama di bahagian serangan sementara kapten pasukan, Park Tae-su bakal bergandingan bersama Dominic Tan di bahagian pertahanan.

Ikuti siaran secara langsung perlawanan di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula jam 7:30 malam ini.

Advertisement

Must Watch Video