Tempuhi perjalanan 120km demi Sabah, Itu yang dikongsikan oleh salah seorang penyokong Sabah FC yang hadir ke Stadium Likas demi memberikan sokongan buat pasukan menghadapi aksi Piala AFC bertemu Hai Phong, malam ini.
Menerusi wawancara Pentas Penyokong di Astro Arena, penyokong Sabah sudah mula beratur untuk memasuki stadium seawal jam 5 petang lagi.
Cuaca hujan tidak mematahkan semangat mereka dalam bertindak sebagai pemain ke-12 pasukan sekaligus menjadi pemangkin skuad Datuk Ong Kim Swee memburu kemenangan dalam aksi keempat peringkat kumpulan Piala AFC.
Mencuri tumpuan, salah seorang penyokong yang menempuhi perjalanan 120km dari Keningau untuk tiba di Likas membawa semangat untuk pasukan untuk memburu kemenangan di laman sendiri.
Sabah tewas 3-2 kepada Hai Phong dalam aksi terdahulu dan melihat peluang beraksi di laman sendiri sebagai medan terbaik untuk kembali menemui rentak kemenangan.
Ikuti siaran secara langsung perlawanan di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula jam 7:30 malam ini.
Menerusi wawancara Pentas Penyokong di Astro Arena, penyokong Sabah sudah mula beratur untuk memasuki stadium seawal jam 5 petang lagi.
Cuaca hujan tidak mematahkan semangat mereka dalam bertindak sebagai pemain ke-12 pasukan sekaligus menjadi pemangkin skuad Datuk Ong Kim Swee memburu kemenangan dalam aksi keempat peringkat kumpulan Piala AFC.
Mencuri tumpuan, salah seorang penyokong yang menempuhi perjalanan 120km dari Keningau untuk tiba di Likas membawa semangat untuk pasukan untuk memburu kemenangan di laman sendiri.
Sabah tewas 3-2 kepada Hai Phong dalam aksi terdahulu dan melihat peluang beraksi di laman sendiri sebagai medan terbaik untuk kembali menemui rentak kemenangan.Ikuti siaran secara langsung perlawanan di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula jam 7:30 malam ini.