Skip to main content

Bola Sepak

Terkini Piala AFC: Hujan lebat tidak patah semangat pemain ke-12 banjiri Stadium Likas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stadium-likas.jpg
'Semangat penyokong Sabah tidak boleh disangkal!', itu yang dikatakan oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi ketika cuaca hujan membasahi Stadium Likas, Kota Kinabalu tidak mematahkan semangat pemain ke-12 Sabah untuk hadir ke stadium memberikan sokongan buat pasukan menjelang aksi Piala AFC menentang Hai Phong malam ini.

Berdasarkan laporan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, cuaca berkenaan bermula sejak jam 5.00 petang tadi, namun penyokong telah mula beratur untuk memasuki stadium.

Sabah tewas 3-2 kepada Hai Phong dalam aksi terdahulu dan melihat peluang beraksi di laman sendiri sebagai medan terbaik untuk kembali menemui rentak kemenangan.

Ikuti siaran secara langsung perlawanan di Astro Arena Bola 3 dan live streaming menerusi aplikasi Astro Go dengan pra-perlawanan bermula jam 7:30 malam ini.
 

Advertisement

Must Watch Video