Skip to main content

Bola Sepak

[Terkini] Persatuan Bolasepak Kedah muncul antara pencabar Liga A1 2025/26

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kfa.jpg
Bukan Kedah Darul Aman tapi sebaliknya Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang terlebih dahulu sah akan beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro 2025/26.

KFA antara 12 pasukan yang sudah mendapat lampu hijau untuk saingan musim depan itu sementara tiga lagi kelab iaitu KDA, FC Seoul Phoenix dari Korea Selatan, Guar Syed Alwi (GSA FC) diberikan tempoh 10 hari lanjutan untuk melengkapkan dokumen dan mendapatkan kelulusan bersaing.


 

Kelantan mempunyai dua wakil yang merangkumi Kelantan Red Warriors (KRW) dan naib juara Liga A2, Wan Tendong Stable (WTS) FC.

Senarai 12 kelab yang diluluskan: 

Armed Forces
Manjung City FC
IFC II
JDT II
Selangor II
Kelantan WTS FC
Kedah FA
Machan FC
KRW FC
Bunga Raya FC
MUFT
PAFA

Advertisement

Must Watch Video