TERKINI: Pau Marti sah letak jawatan selepas Piala AMEC
Najmi Iman
Disember 5, 2024 17:16 MYT
Disember 5, 2024 17:16 MYT
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, akan meletakkan jawatannya sejurus selesai kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, bulan depan.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali kelahiran Sepanyol itu memutuskan untuk tidak bersama skuad kebangsaan selepas tamat kempen tersebut.
Jurulatih Harimau Malaya Pau Marti sah tinggalkan skuad negara selepas selesai tugasan Piala AMEC. ??@ASTROARENA pic.twitter.com/fUUpmhqCnE
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) December 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Piala AMEC bakal menjadi tugasan terakhirnya susulan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu melakukan penstrukturan semula mengenai pasukan kebangsaan.
Barisan kejurulatihan yang lain juga mengikut jejak langkah Pau Marti selepas hampir bersama sejak 2022.
Kejayaan terbesar Pau Marti adalah menjuarai Pestabola Merdeka 2024, September lalu.