Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Pau Marti sah letak jawatan selepas Piala AMEC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paumarti.jpg
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, akan meletakkan jawatannya sejurus selesai kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, bulan depan.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali kelahiran Sepanyol itu memutuskan untuk tidak bersama skuad kebangsaan selepas tamat kempen tersebut.

 
Piala AMEC bakal menjadi tugasan terakhirnya susulan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu melakukan penstrukturan semula mengenai pasukan kebangsaan.




Barisan kejurulatihan yang lain juga mengikut jejak langkah Pau Marti selepas hampir bersama sejak 2022.

Kejayaan terbesar Pau Marti adalah menjuarai Pestabola Merdeka 2024, September lalu.

Advertisement

Must Watch Video