Mahkamah Tinggi Kangar hari ini memutuskan tuntutan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) adalah gagal.
Ini susulan sebelum ini PFA mencabar keputusan badan induk itu yang didakwa menggantung keahlian persatuan itu tanpa prosedur yang ditetapkan pada awal Disember lalu.
Ini susulan kegagalan PFA mematuhi arahan Persatuan Bolasepak Dunia (FIFA) membayar tunggakan gaji dan pampasan kontrak yang dituntut bekas Pengarah Bola Sepak PFA, Matt Holland ketika menjawat jawatan itu pada 2019.
Malah, mahkamah turut memerintahkan pihak PFA membayar kos kepada FAM.
"Mahkamah Tinggi Kangar pada hari ini telah mendengar permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadap Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) dan memutuskan kes PFA terhadap FAM DIBATALKAN.
"Ini adalah susulan permohonan PFA untuk satu perintah injuksi menghalang FAM daripada meneruskan dengan Kongres FAM yang dijadualkan diadakan pada 15/2/2025.
"Defendan-defendan iaitu FAM dan Exco-exco FAM telah diwakili oleh peguam Dato’ Malik Imtiaz, Souren Ananthan, Yogan Sivam dan M Rajkumaran.
"Mahkamah turut memerintahkan bahawa pihak PFA dikehendaki membayar kos kepada FAM." katanya.