Terkini: Kereta orang awam turut rosak dalam insiden Faisal Halim disimbah asid

Muzaffar Musa
Mei 5, 2024 19:13 MYT
Sebuah kereta orang awam yang diletakkan berhampiran turut mengalami kerosakan ketika dua individu tidak dikenali bertindak menyerang asid kepada pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim.
Menurut sumber Astro Arena, Faisal ketika itu sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah dan dua inidvidu bermotosikal menghampirnya sebelum menyimbah asid kepadanya.
Semakan terhadap nombor kenderaan yang digunakan merupakan nombor kenderaan palsu dan motosikal itu dipercayai motosikal curi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Ikuti perkembangan lanjut dalam Astro Arena jam 7.30 malam ini.
==========

Tak pasal2 kereta saya pun kena, sebab kereta saya park sebelah kereta faisal halim..Nasib baik family saya sampai dekat carpark selepas kejadian.. Nauzubillah.. pic.twitter.com/thyF29bkca

— FarraNathashaHidzir (@MissTashaMasha) May 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Faisal Halim #Selangor FC
;