TERKINI Kelayakan Piala Asia 2027: Vietnam musuh utama Harimau Malaya, jalan mudah ke Arab Saudi

Najmi Iman
Disember 9, 2024 15:22 MYT
Harimau Malaya bagaikan selangkah ke Arab Saudi selepas diundi bersama Nepal, Laos dan Vietnam dalam Kumpulan F menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027, tahun depan.
Sebelum ini, Malaysia diletakkan dalam Pot 2 ekoran kemas kini perbezaan ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Undian yang berlangsung di Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) House, Bukit Jalil menyaksikan skuad kebangsaan seakan mendapat laluan mudah apabila bertemu Laos dan Nepal.
Juara Piala AFF Suzuki 2018, Vietnam, menjadi seteru utama Malaysia tatkala mahu melayakkan diri secara merit ke kejohanan berprestij itu.

??? TERKINI !!! Peluang realistik buat Harimau Malaya layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 apabila diundi bersama Vietnam, Nepal & Laos dalam kumpulan F. Hanya juara kumpulan layak ke Arab Saudi 2027.@ASTROARENA pic.twitter.com/MsaQYDh020

— karlnunis (@_karlnunis) December 9, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad kebangsaan mempunyai kelebihan rekod kemenangan berdepan Laos dan Nepal, namun tugas sebenar menanti Harimau Malaya tatkala Vietnam juga mahu mengulangi pencapaian mereka dalam Piala Asia.
Ke semua aksi ini dibahagikan kepada enam kumpulan dengan hanya juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2027 di Arab Saudi bermula Mac tahun depan
Malaysia wajib muncul juara kumpulan jika mahu mengulangi pencapaian mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023.
#bola sepak #Harimau Malaya #kelayakan Piala Asia 2027
;