Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Kedah, Perak tidak lulus pelesanan kelab, 13 pasukan penuhi Liga Super

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ligasuper.jpg
Sebanyak 11 kelab telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan bagi membolehkan mereka bertanding dalam kancah Liga Super Malaysia menjelang musim baharu 2025/26. 

First Instance Body (FIB) mengumumkan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), serta Selangor, Penang, Kuching City, Sabah, Terengganu, dan Negeri Sembilan berhasil meneruskan saingan dalam kempen tertinggi bola sepak negara itu. 

Seperti laporan Stadium Astro sebelum ini, Sri Pahang tetap menghantar dokumen pelesanan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan menerima maklum balas positif daripada pengelola liga tempatan itu, namun status untuk menghantar pasukan masih lagi menjadi tanda tanya. 

 

Kuala Lumpur City, Kelantan Darul Naim dan PDRM masih diberikan peluang 'dengan bersyarat' apabila perlu mengemukakan matlumat kewangan tambahan selewat-lewatnya hujung bulan ini. 

Di sebalik berita baik itu, dua kelab utara tanah air, Kedah dan Perak terpaksa melupakan saingan musim hadapan apabila gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan.

Sementara itu, dua kelab daripada Liga A1 Semi-Pro, Melaka dan Imigresen juga ke Liga Super apabila permohonan Lesen Kebangsaan Luar Biasa telah diluluskan oleh FIB.
 

Advertisement

Must Watch Video