Skip to main content

Bola Sepak

(Terkini) Jon Irazabal sah perkuat benteng Harimau Selatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ira.jpg
Pemain warisan Harimau Malaya, Jon Irazabal, hari ini diumumkan sebagai pemain pertahanan baru Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menghadapi saingan musim 2025/26.

Bekas pertahanan Sabah FK itu meninggalkan pasukan selepas tiga musim bersama selepas membuat 98 penampilan dan menyumbangkan enam gol.


 

Pencapaian terbaik pertahanan negara itu adalah ketika merangkul gelaran Piala Azerbaijan pada 31 Mei lalu dan memacu kelab itu memperoleh kedudukan terbaik dalam kancah liga iaitu naib juara dan tempat ketiga sebelum ini.

Pemain berusia 29 tahun itu menjadi pemain kedua Malaysian Abroad yang menyertai kem JDTmusim ini selepas Hector Hevel.



 

Advertisement

Must Watch Video