Skip to main content

Bola Sepak

TERKINI: Jeneral tengah Sri Pahang, Ibrahim Manusi aset terbaru JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ibrahim.jpg
Perpindahan yang sudah dijangka!

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor.

Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim Manusi, memikat juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), untuk menandatanganinya sebagai pemain baharu menjelang musim akan datang, Ogos ini. 

Tempoh matang selama satu musim bersama Sri Pahang menjadikan Ibrahim antara permata bernilai kelab itu musim lalu. 

Ketenangan mengawal bahagian tengah menjadikannya antara pemain berkaliber di bawah kendalian Fandi Ahmad. 

 

Ibrahim bersama Tok Gajah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum bergelar naib juara ditewaskan Harimau Selatan. Antara pemain yang wajar diberikan tumpuan musim depan. 

Tanpa menunggu lama, JDT segera menyambar khidmat Ibrahim Manusi selaku pemain tempatan baru memperkuat skuad Xisco Munoz dan bakal bergandingan bersama beberapa bintang terbaik kancah tempatan.

Usai status penyertaan Sri Pahang dalam kancah tertinggi negara itu, Ibrahim membuat keputusan tepat untuk berkelana ke selatan tanah air bagi meneruskan karier selaku pemain bola sepak.

Untuk rekod, Ibrahim Manusi merupakan produk Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar dan kini dia kembali semula ke bumi Johor untuk menabur bakti. 

Ibrahim telah melakukan 29 penampilan bersama Sri Pahang dalam semua pertandingan musim lalu.  

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video