Johor Darul Ta'zim (JDT) II muncul juara Piala MFL 2024/25 selepas melakar kenduri gol menewaskan Penang II 7-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), sebentar tadi.
Meskipun menerima tentangan sengit daripada pencabar terdekat iaitu Selangor, namun kemenangan berjaya diraih skuad kendalian Mariano Echeverria untuk menoktahkan kejuaraan di takhta carta Piala MFL dengan 53 mata selepas 24 perlawanan.
Skuad muda JDT tidak menunggu lama apabila mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama menerusi Gabriel Nistelrooy seawal minit kesembilan, dua gol daripada Najmudin Akmal -pada minit ke-15 dan 27- serta ditutup dengan gol Romel Morales pada minit ke-22 sebelum masuk ke bilik persalinan.
Masuk babak kedua pula menyaksikan JDT memperkukuhkan kedudukan menerusi Najmudin yang melengkapkan hatrik selain tambahan jaringan daripada Gabriel Nistelrooy dan Romel Morales.
Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan tumpuan malam ini menyaksikan Selangor menumbangkan Kedah Darul Aman B 7-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Keputusan lain Piala MFL:
Kelantan Darul Naim 1-2 Sri Pahang
Kuching City 3-2 PDRM
Sabah II 3-1 Negeri Sembilan
Kuala Lumpur City 1-1 Perak II

We've sealed the deal! 2024-25 MFL Cup Champions!
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) April 14, 2025
FT: JDT II [7-0] PENANG II
(Gabriel Nistelrooy 9’, 66 (pen) / Najmudin Akmal 15’, 27’, 50’ / Romel Morales 22’, 61’)
More photos at https://t.co/uqs1xV6QsQ#JDTvPEN#PialaMFL#WhatCanYouDo#TheTMJeffect#LuaskanKuasamuJohor… pic.twitter.com/zV9b3eXQy5