BOLA SEPAK
TERKINI: JDT atur jelajah pramusim di Arab Saudi, aksi persahabatan bertemu PSG -- TMJ
Juara Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam perancangan melakukan jelajah pramusim 2025/26 di Arab Saudi sebagai bentuk persiapan rapi seperti sebelum ini.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengesahkan perkara itu menerusi laman X dan menjawab kepada individu itu tatkala pasukannya akan menjalani latihan berintensiti tinggi bagi mengharungi kancah liga musim depan termasuk bersaing di peringkat Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Untuk rekod, skuad kendalian Hector Bidoglio itu telah mengadakan tujuh perlawanan persahabatan di Sepanyol sebelum musim ini bermula.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Harimau Selatan turut pernah berkelana di Emeriah Arab Bersatu (UAE) pada musim sebelumnya.
"Memang sudah ada dalam perancangan," titah baginda.
Dalam masa sama, Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga berkata bahawa juara Piala FA 2024 itu tidak menolak kemungkinan bakal mengadakan aksi pemanas badan bersama gergasi Eropah terkemuka dunia, Paris Saint Germain (PSG), tidak lama lagi.
Sebelum ini, JDT menerusi pemiliknya, TMJ, mengatur pertemuan bersama delegasi PSG bagi menjalinkan hubungan dan membentuk satu perjanjian di antara kedua-dua pasukan tersebut.
Pembangunan akar umbi, infrastruktur, penjenamaan serta perkongsian kepakaran teknologi menjadi strategi dan misi utama perbincangan kedua-dua pasukan untuk meningkatkan taraf aspek bola sepak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tahun ni atau tahun depan. Banyak lagi perjanjian short term dan long term antara JDT dan PSG akan menyusul tahun ni," tambahnya.