Terkini: Hector Bidoglio sah kembali kemudi JDT, Aidil antara barisan kejurulatihan

Muzaffar Musa
Disember 29, 2023 16:51 MYT
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengumumkan bahawa Hector Bidoglio akan kembali memainkan peranan sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Selatan itu musim depan.
Bidoglio, yang sebelum ni bertindak sebagai pengarah teknikal kelab itu dan penasihat kepada pasukan utama, kini akan kembali memainkan peranan asalnya selepas kelab itu mimilih untuk berpisah dengan Esteban Solari baru-baru ini.
Bidoglio akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lalu, dan penolong jurulatih baru dari Argentina, selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab itu musim depan.
Pertahanan legenda, Aidil Zafuan Abd Radzak, juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector.
"Hector pernah berkhidmat seketika sebagai ketua jurulatih JDT dari Julai-November 2022 sebelum menjadi Pengarah Teknikal JDT. Beliau telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun lalu," kata kelab itu dalam satu kenyataan yang diterbitkan dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.
#bola sepak #Liga Super Malaysia #Johor Darul Ta'zim FC #Hector Bidoglio #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;