Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang hanya bertahan selama lima bulan.
Berita tersebut dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, melalui ciapannya di X.
Sebelum ini, bekas Delegasi LaLiga Malaysia itu diumumkan selaku CEO MFL menggantikan posisi Datuk Stuart Ramalingam, yang telah tamat kontrak bersama MFL pada 31 Ogos lalu.
Menurut MFL, keputusan pelantikan itu telah dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL dalam satu mesyuarat pada 4 September lalu, sekali gus menyaksikan Pompili Rossi adalah individu dari luar negara pertama dilantik sebagai CEO MFL.
Difahamkan, Ketua Pegawai Operasi (COO), Shazli Shaik Mohd, menjadi pemangku sementara untuk mengisi kekosongan tersebut.

Di fahamkan Giorgio Pompili Rossi kini bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif MFL pic.twitter.com/wwvNgNE4VM
— FinaNasrom (@fnasrom) February 19, 2025