Skip to main content

Bola Sepak

(Terkini) Final Unifi Piala Malaysia: Sri Pahang dahului JDT dengan 10 pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sara_1.jpg
Separuh masa pertama menyaksikan Sri Pahang mendahului Johor Darul Ta'zim (JDT) 1-0 dalam pentas akhir Piala Malaysia 2024/25 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), sebentar tadi.

Jaringan pertama Tok Gajah hadir menerusi pemain sayap, T. Saravanan, yang menolak masuk masuk bola selepas gagal ditepis kemas Syihan Hazmi untuk mendahului JDT 1-0 pada minit ke-13 dengan jaringan itu disahkan Video Bantuan Pengadil (VAR).

Bergson berpeluang menyamakan kedudukan, namun jaringannya dinafikan VAR susulan berada dalam kedudukan ofsaid.


 


Dalam pada itu, sebelum babak pertama berakhir menyaksikan Sergio Aguero menerima layangan kad kuning kedua daripada pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, dan terpaksa menamatkan aksi awal daripada terus membantu Sri Pahang selepas melakukan kekasaran.

Saksikan baki 45 minit perlawanan dan maklumat lanjut di Stadium Astro.
 

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video