BOLA SEPAK MSIA

Terkini: Fergus Tierney ganti Romel Morales dalam skuad kebangsaan

Stadium Astro
Muzaffar Musa
11/11/2024
10:46 MYT
Sponsor Banner
Terkini: Fergus Tierney ganti Romel Morales dalam skuad kebangsaan
Romel Morales terpaksa digugurkan dalam senarai skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan menentang Laos dan India dalam tempoh seminggu ini.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu terpaksa diketepikan gara-gara kecederaan dan akan digantikan dengan penyerang muda, Fergus Tierney.
Harimau Malaya akan bertemu pasukan di ranking ke-187 dunia, Laos, pada Khamis ini sebelum bertemu pasukan di ranking ke-125 dunia, India, di Hyderabad pada Isnin depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video